Salam 1Malaysia!
Ini hari pertama saya jadi blogger. Bagus juga jadi blogger. Memandangkan sebelum ini pembangkang cemburu bila saya guna domain kerajaan, maka sekarang mereka tak ada alasan lagi untuk membantah. Ini ruang siber. Jadi saya bebas untuk menyatakan pandangan saya. Sebagai FLOM, saya harap pendekatan saya ini mengakrabkan lagi hubungan saya dengan rakyat, yang memang telahpun akrab selama ini. Saya juga harap, langkah saya ini menimbulkan keghairahan di kalangan ahli-ahli BN-UMNO untuk menyanggah dakyah dan fitnah pihak pembangkang di ruang internet ini. Bersama BN-UMNO, mari kita bawa Malaysia sebagai negara maju di dunia pada tahun 2020. Cuma tinggal 9 tahun lagi. Ingat 1Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!
bik badak
Saya adalah suami kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap FLOM
Wednesday, February 9, 2011
Bila Wanita PKR Tak Tahu Malu
Dilaporkan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR gesa saya bertanding di Merlimau. Biasalah, pompuan-pompuan PKR memang macam ini. Tergedik-gedik, terkinja-kinja. Ini semua gara-gara dengki tak dapat jadi FLOM macam saya. Kalau hati sudah hasad, janganlah harap nak pimpin rakyat Malaysia. Muka sendiri pun tak ada nur!
Tuesday, February 8, 2011
Tabahlah Suzanne
Alhamdulillah, saya baru menelefon Suzanne Mubarak, yang kini di Britain. Sebagai sahabat baik, saya telah melahirkan keprihatinan dengan perkembangan semasa di Mesir. Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia berharap agar Mesir kembali aman damai dan tenteram di bawah kepimpinan terbilang suaminya, Presiden Hosni Mubarak. Saya juga sampaikan kepada Wanita Pertama Mesir ini betapa inilah liku-liku yang harus kita tempuhi. Para Nabi, pejuang, dan para wanita pertama mesti sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi. Saya doa semoga beliau dan ahli keluarganya sentiasa selamat dari para perusuh yang biadap di Mesir itu. Suzanne juga memberitahu saya bahawa sebenarnya demostrasi bukan budaya Mesir! Saya harap rakyat Malaysia akan mengambil iktibar dari kejadian yang tak diingini ini. Sebab itu sokonglah BN-UMNO demi kemakmuran Malaysia yang tercinta ini. Hanya pemerintahan gaya BN-UMNO saja dapat menjamin dunia ini kekal sentosa sampai ke akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)